Sunday, September 13, 2015








































Layan Video Dulu Jom ?






video diatas berkaitan sumbangan ilmuan ilmuan islam zaman dahulu kala. wahh.. betapa pandainya mereka mencipta semua barang barang yg masih kita guna sehingga sekarang. kankan? tetapi jgn kita lupa sekiranya Allah tak kurniakan kepada mereka akal fikiran ini, rasa rasanya kita pun tak tahu kan nak tengok anak bulan macam mana, so tak tahu lah bila raya bila puasa kankan.. Selain itu, Al Battani yang memperkenalkan ilmu astronout kat kita, Al Khawarizmi pulak yang memperkenalkan ilmu matematik bagai tu, kira-kira darab bahagi tolak tambah and yg paling penting dialah yg kenalkan formula "Phytogoras Theorem" tu.. huhu.. Az Zahrawi pula mmg dikenali sebagai Bapa Pembedehan, alat alat pembedahan semua tu dia yg cipta. Pandai bukan? Alhamdulillah, banyak lagi sumbangan mereka dalam Sains dan Teknologi Islam ni.. ni semua disebabkan mereka sangat la menitikberatkan tentang peranan masing-masing tentang sains dan teknologi islam dalam kehidupan seharian. Jadi kita sebagai pelapis pelapis Islam yang ada, hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada peranan peranan yang dinyatakan tadi supaya kita tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia ini. In Sya Allah. 



Saturday, September 12, 2015

Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi melalui sumbangan para ilmuan islam masa lalu. Antaranya dapat dilihat di sudut bawah betapa gemilangnya teknlogi Islam pada zaman dahulu.





Image result for peranan sains teknologi dan kejuruteraan dalam islamImage result for peranan sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam Image result for peranan sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam



Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta
  1.  Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
  2. Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah swt  dalam Surah ‘Ali ‘imran  yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”. (Surah ‘Ali ‘Imran : 190)
  3. Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
  4.  Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
  5. Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.
  6.     6 Teknologi digunakan utk memudahkan kerja2 manusia, namun ia mesti membawa manfaat sebenar & tdk membawa kerosakan & kemusnahan kepada manusia & alam sejagat. Dengan mengkaji alam tabii seperti sifat, peraturan dan hukum alam akan dapat mendapat gambaran bahawa ada Pencipta dan Pengatur kepada segala sifat, peraturan dan hukum yang ada di alam ini
    Alam tabii: kitab terbuka (maftuhah) – manusia memperolehi banyak ilmu dan maklumat daripada alam. Bukti keesaan Allah s.w.t. boleh dilihat melalui kajian alam tabii. Firmannya

    * “Sekiranya ada di langit dan bumi tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu akan rosak dan binasa” (Al-Anbiya’ [21]: 22)

    Kewujudan alam merupakan satu tanda kewujudan pencipta. Antara surah yang menerangkannya
    ·         (Ali-Imran [3]: 190-191).
    ·         (Al-Mulk [67]: 3).
    ·         (Yusuf [12]: 5-6).


  7. Teknologi adalah cabang ilmu praktik (sina'ah) iaitu ilmu untuk mencapai tujuan praktik yang bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam tabii, terkekang dalam lingkungan had syariah, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggung - jawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia. Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.




Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.

  •  Penyelidikan sains teknologi dalam Islam  akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
  • Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu
  • Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
            (Surah Al-Baqarah : 164)

Membantu pelaksanaan syariat

Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.
 Kajian di dalam bidang sains dan penerokaan teknologi adalah didorong berdasarkan kepentingannya untuk melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan manusia.Pelaksanaan syariat seperti pelaksanaan fardu ain seperti solat, puasa, zakat dan haji banyak dapat disempurnakan disebabkan oleh pencapaian akal manusia dalam sains dan teknologi. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sejagat. Selain itu, manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca. Contohnya:


DARI ASPEK MENUTUP AURAT: (teknologi yang diaplikasiakn adalah dengan menggunakan teknologi tekstil. Ianya adalah bahan yang digunakan dalam barangan tersebut. -teknologi juga digunakan untuk penentuan waktu solat dan kiblat.  kompas & jam)
DARI ASPEK PUASA: (mengetahui tarikh bulan Ramadhan, mengetahui masuk & habis waktu)
DARI ASPEK ZAKAT: (mengetahui kewajipan berzakat, mengetahui kadar penentuan zakat - mesin pengiraan.)
DARI ASPEK HAJI: (mengetahui ketibaan musim haji, mengetahui arah Kaabah, kemudahan untuk sampai ke Mekah.)

 DARI ASPEK FARDHU KIFAYAH: (memandikan jenazah - dengan penciptaan tempat mandi dan
penggalian kubur - jentera seperti jengkaut)

MENGETAHUI KEPENTINGAN AMALAN SYARIAH
Kajian sains memberi pendedahan tentang kepentingan amalan agama dalam kehidupan
ü  Solat sebagai terapi penyakit


ü  Puasa sebagai terapi system pencernaan


Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.
  • Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
  • Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.

Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.
  • Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.


Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.

* Melalui kajian sains dan teknologi, keperluan manusia dapat dipenuhi, menjadikan kehidupan manusia selesa dan memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat itu sendiri  dari segi:-
  • Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.
  • Menjadikan kehidupan manusia selesa.
  • Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah swt  Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.


SUMBANGANNYA PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI TERHADAP UMAT ISLAM


*ASPEK PERTAHANAN: -penciptaan senjata dan kelengkapan perang (melindungi Negara daripada serangan musuh).
*TEKNOLOGI MAKLUMAT:-maklumat diperoleh dengan mudah dan dicapai dengan pantas tanpa sempadan. Jalan dakwah terbuka luas (alternative medan dakwah).
*PENGKLONAN:-memberi pengetahuan baru kepada manusia.
*BIO-TEKNOLOGI:-menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food) yg mempunyai ciri terbaik. Selain itu, teknik & teknologi pertanian mengalami transformasi, meningkatkan produktiviti dan penghasilan baka, benih, dan racun dalam sector pertanian.
*PERUBATAN:-mengatasi pelbagai penyakit.
*TEKNOLOGI LASER:-menggantikan perana kabel dgn fiber optic dlm bidang komunikasi dan perindustrian, maklumat yg dihantar adlah cepat dan pantas.


Konklusinya, islam hanya menyokong teknologi yang dapat memberi manfaat kepada manusia dan alam sejagat dan menolak teknologi yang boleh membawa kerosakan kepada manusia dan muka bumi ini. teknologi yg diaplikasikan haruslah mengikut etika dan prinsip dasat islam. Manusia haruslah sedar bahawa tujuan utama teknologi ini dicipta adalh untuk kepentingan ibadat kepada Allah untuk mencari ilmu.


KESAN PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM

BIDANG SOSIAL:

§  Ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa yang lebih maju.
§  Maruah umat islam akan dipandang hina di mata dunia dan diperkotak-katikkan.

BIDANG EKONOMI:
  • § Umat islam akan mnjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing.
  • §        Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi diterajui oleh bangsa asing.
  • §         Penguasaan teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.

BIDANG POLITIK:

§  Umat islam akan ditindas dan dijajah oleh bangsa dan agama lain
Umat islam tidak ada ilmu kepimpinan untuk berdikari dan memimpin negaranya sendiri.

BIDANG PENDIDIKAN:
  • §  Kesepaduan ilmu dengan agama sudah wujud lagi.
  • §  Penerapan dan pelaksanaa sains dan teknologi dan nilai-nilai agama yang sebenar.
  • §  Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.


BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN:
  • §  Umat islam bergantung kepada sains dan teknologi barat yang akan menimbulkan masalah kelak.
  • §  Keuntungan akn menyumbang kepada dunia teknologi barat sendiri.
  • §  Umat islaam akan mundur dan malas untuk mencipta teknologi baruyg blh digunkan alam sejagat.




 PERANAN SAINS DALAM ISLAM

Mengukuhkan iman, menguatkan aqidah dan meneguhkan kepercayaan. Tidak memisahkan ilmu daripada iman dan menyisihkan agama daripada sains, saling memerlukan, mengiktiraf dan menyokong. Ilmu untuk pengisian Iman dan amal bagi mencapai ihsan dan kamal. Kecermelangan hidup di dunia demi memperoleh kegemilangan kehidupan di Akhirat. Sains adalah pencapaian minda, tidak boleh dipisahkan daripada ilmu keagamaan dan ilmu wahyu menjadi paksi landasan dalam menentukan perkembangan ilmu intelek.
Sains berlunaskan prinsip tauhid, iaitu melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya khaliq, iaitu Allah s.w.t. Fenomena tabii dan alam semesta merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t.  Fenomena alam menjadi petanda-petanda Allah . keseragaman hukum alam yang terdapat pada sesuatu tabii merupakan penyataan sifat keesaan Allah s.w.t. Keunikan kepelbagaian jenis yang tardapat dalam sesuatu spesis memaparkan sifat kekayaan dan keluasan rahmat Allah s.w.t.


                                                KETERBATASAN ILMU SAINS

   Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.


Teknologi dari Segi Bahasa dan Istilah


  1. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari  perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)
  2. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
  3. Secara etimologinya,  teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu ‘techne’ dan ‘logos’
  4. ‘Techne’ adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Teknobermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.
  5. Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

Sains Dari Aspek Keilmuan Islam


  1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.
  2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
  3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
  4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. 

Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

            Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.